Friday, November 20, 2009

Ting. 2 : Tanaman Hiasan

Nota :

1. Ciri-ciri campuran medium yang baik:
• Fizikal dan tekstur tanah hendaklah berkeadaan peroi dan gembur
• Campuran medium mengandungi unsur-unsur yang mencukupi dan seimbang pada semua peringkat tumbesaran pokok
• Bebas daripada bahan toksik, penyakit dan serangga perosak
• Bahan utama untuk membuat campuran senang didapati dan murah
• Elakkan menggunakan najis haiwan supaya tidak mencemarkan udara persekitaran
• Setiap bahan hendaklah seimbang mutunya dan mempunyai fungsi tertentu.

2. Lubang saliran perlu ditutup dengan batu kelikir atau serpihan pasu untuk mencegah medium semaian keluar bersama air siraman.

3. Kelembapan medium akan menentukan kesegaran sel-sel pokok. Jika kelembapan medium rendah tanaman boleh menjadi layu dan sukar untuk berakar.

4. Hormon pengakaran adalah sejenis bahan kimia yang digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan akar, terutamanya untuk pokok yang susah berakar.

5. Elakkan penyiraman berlebihan kerana boleh menyebabkan akar lemas, busuk dan diserang kulat.

6. Nisbah medium semaian

2 : 1 : 1 (TL : BO : PS) TL -Tanah Loam, BO - Baja Organik, Pasir Sungai

7. Nisbah medium penanaman John Innes Potting Compost (J.I.P)

7 : 3 : 2 (TL : BO : PS) atau
3 : 2 : 1 (TL : BO : PS) jika tanah loam mengandungi kadar tanah liat yang tinggi.

8. Langkah-langkah penjagaan anak pokok

L1 – menyiram
L2 – membaja
L3 – menggembur tanah
L4 – merumput

9. Maksud Keratan Kayu Lembut
- pokok yang dibiakkan dengan keratan kayu lembut terdiri daripada pokok penutup bumi atau yang menjalar,
- cthnya; ati-ati(Coleus blumei), bunga balung ayam (Epiprinus malayanus), dan parrot leaf (Alternanthera ficoidea)

10. Maksud Keratan Kayu Sederhana Keras
- mempunyai batang yang lembut dan berpulur.
- Cthnya; bunga tiga bulan (Hydrangea mscrophylla), bunya raya (Hibiscus rosa senesis) dan bunga kertas (Bougainvilla spp).

11. Keratan Kayu Keras
- terdiri daripada pokok-pokok hiasan laman.
- Cthnya; bunga kemboja (Plumeria rubra), bunga cempaka (Michelia alba DC) dan pokok angsana (Pterocarpus indicus)