Friday, November 20, 2009

Ting. 3 : Konsumerisme - Peranan Persatuan Pengguna dan Agensi Kerajaan

Peranan Persatuan Pengguna

1. Contoh-contoh persatuan pengguna, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

2. Peranan persatuan Pengguna :-
i) memerima dan menyiasat aduan
ii) menjalankan kajian dan penyelidikan
iii) menyebarkan maklumat
iv) memberi bantuan dan khidmat nasihat
v) memberi pendidikan kepenggunaan – ceramah, kursus, pameran, akhbar bulanan, mata pelajaran KHB, persatuan Pengguna di sekolah.

3. Peranan kerajaan dalam melindungi pengguna
i) menggubal undang-undang
ii) menguatkuasakan undang-undang
iii) menyelaraskan kepentingan pengguna

Agensi Bidang kuasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
http://www.kpdnhep.gov.my

- memastikan pengeluar dan peniaga tidak melakukan penyelewengan dan mengambil tindakan sekiranya berlaku penyelewengan.

Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)
- memastikan barangan yang dikeluarkan menepati piawaian yang ditetapkan dan selamat untuk digunakan.

Kementerian Kesihatan
- menghantar pegawai kesihatan untuk memastikan kebersihan, dan tempat jualan dijaga.
- memastikan makanan yang dijual tidak beracun dan ubat-ubatan selamat digunakan.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
- meningkatkan kualiti alam sekitar melalui pengawalan pencemaran

Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri
- memastikan barangan makanan dan kosmetik tidak mengandungi bahan yang haram bagi orang Islam.

Peruntukan Undang-undang

1. Akta Kawalan Harga 1946(Pindaan 1973)
- memberi hak kepada pengguna utk membeli barangan kawalan tidak melebihi harga maksimum.
- contoh barang kawalan ; beras, gula, susu dan tepung

2. Akta Sewa Beli 1967
- perlindungan kepada pengguna apabila membeli barang secara sewa beli , seperti penetapan kadar faedah yang boleh dikenakan oleh peniaga.

3. Akta Label 1980
- berhak mendapat maklumat lengkap tentang barang yang dibeli, jenama, tarikh, kandungan, tarikh luput, cara penggunaan, nama dan alamat pengeluar.

4. Akta Kawalan Bekalan 1961(Pindaan 1973)
- pengguna berhak mendapat bekalan barang keperluan mencukupi pada musim perayaan.
- pengguna berhak membeli barang yang mempunyai tanda harga, label, mutu dan gred barang untuk buat pilihan

5. Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952 (Pindaan 1983)
- membeli barangan yang selamat dimakan, mengawal kualiti barang makanan dan penggunaan bahan aditif dalam makanan yang diproses.
- penggunaan bahan kimia yang boleh membahayakan adalah dilarang.

6.Peraturan Makanan 1985
- maklumat lengkap berkaitan pengeluaran barang makan yang diproses.
- barang mesti meletakkan tarikh pengeluaran, tarikh guna dan bahan yang digunakan

7. Akta Perihal Dangan 1972(Pindaan 1982)
- pengguna berhak mendapat maklumat yang benar dan tepat tentang sesuatu barang atau perkhidmatan

8. Akta Timbang dan Sukat 1972
- membeli barangan pada sukatan dan timbangan yang tepat.
- pengeluar wajib menggunakan alat timbang dan sukat yang diperakui oleh kerajaan.

9. Akta Mutu Alam Sekitar 1974
- pengguna berhak untuk menikmati alam sekitar yang bebas dari segala bentuk pencemaran.

10. Akta Elektrik 1973
- berhak untuk membeli barangan elektrik yang selamat.


Sumber : Buku Teks KHB Tingkatan 3, Buku Rujukan KHB