Saturday, November 21, 2009

Cerita ku : Kenali Kapit Sarawak

Bahagian terbesar di Sarawak, majoriti penduduknya berbangsa iban.

Gambar klik sini

Friday, November 20, 2009

Jawapan Latihan 1

Jawapan

1. i) menghasilkan baka yang sama seperti induknya, cepat dan mudah untuk dihasilkan serta pembiakannya mudah didapati.

2. tanaman tidak mempunyai akar tunjang

3. Tanah loam, bahan organik dan pasir sungai

4. Membekalkan nutrien kepada pokok

5. Membekalkan pengudaraan kepada medium semaian

6. baja fosfat super

7. Untuk mengurangkan kadar transpirasi

8. Menambahkan keluasan permukaan keratan untuk menyerap air daripada medium

9. Untuk mengelakkan berlakunya renjatan.

10. Untuk memudahkan keratan berakar dikeluarkan daripada kotak semaian.

11. Untuk mengelakkan akar keratan tercedera atau rosak.

12. i) memperbaiki sistem pengudaraan

ii) pengairan medium penanaman.

13. Mengurangkan persaingan untuk mendapatkan sumber asas tumbesaran seperti nutrien, cahaya, air dan ruang.

14. Sekateur / gunting / pisau tajam

15. Huraikan jenis keratan yang berikut:

i) Keratan kayu lembut

- diambil daripada bahagian hujung dahan atau pucuk yang masih berwarna hijau. Juga dikenali sebagai keratan hijau.

ii) Keratan kayu sederhana keras

- diambil daripada bahagian dahan yang baru matang, antara keratan kayu lembut dan kayu keras. Warna kulit keratan kayu sederhana keras ialah hijau keperangan.

iii) Keratan kayu keras

- diambil daripada bahagian batang pokok yang telah matang. Kulit berwarna perang, keras dan berkayu. Juga dikenali sebagai keratan perang.

16. Kekurangan nutrien pada tanaman akan menyebabkan

i) tanaman mudah patah

ii) tumbesaran terbantut

iii) daun menjadi kuning

iv) mudah diserang penyakit dan perosak.

Ting. 2 : Latihan 1 (Tanaman Hiasan)

SOALAN SUBJEKTIF

1. Nyatakan kelebihan pembiakan secara keratan batang?
i) ___________________________________________
ii) ___________________________________________

2. Nyatakan kelemahan pembiakan secara keratan?
i) ___________________________________________

3. Senaraikan bahan yang digunakan untuk menghasilkan medium semaian dan medium tanaman?
____________________________________________________

4. Bahan organik ialah sisa haiwan dan tumbuhan yang telah reput sepenuhnya. Apakah fungsi bahan organik dalam medium semaian?
____________________________________________________ ____________________________________________________

5. Selain daripada membaiki saliran dan memudahkan penembusan akar, apakah fungsi lain pasir sungai?
____________________________________________________

6. Bagi menggalakkan pertumbuhan akar, ____________________ boleh dicampurkan pada medium semaian.

7. Apakah sebabnya daun-daun pada keratan batang dibuang?
_____________________________________________________

8. Mengapakah bahagian bawah keratan batang dipotong secara serong?
_____________________________________________________
_____________________________________________________

9. Mengapakah keratan berakar perlu diletakkan di tempat teduh?
_____________________________________________________ _______________________________________________________

10. Apakah tujuan menyiram medium semaian semasa proses pemindahan anak pokok?
____________________________________________________ _______________________________________________________

11. Mengapakah keratan berakar perlu dikeluarkan bersama dengan gumpalan tanah dari kotak semaian?
____________________________________________________ _______________________________________________________

12. Apakah tujuan menggembur tanah?
i) __________________________________________________
ii) _________________________________________________

13. Merumput ialah aktiviti mencabut atau membuang sebarang tumbuhan yang tidak dikehendaki pada medium tanaman atau di dalam pasu. Apakah tujuan aktiviti merumput?
____________________________________________________
____________________________________________________

14. Apakah alat yang digunakan untuk memotong keratan batang?
__________________________________________________

15. Huraikan jenis keratan yang berikut:
i) Keratan kayu lembut
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

ii) Keratan kayu sederhana keras
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

iii) Keratan kayu keras
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

16. Kekurangan nutrien pada tanaman akan menyebabkan
i) _________________________________________________
ii) ________________________________________________
iii) ________________________________________________
iv) ________________________________________________

Ting. 2 : Tanaman Hiasan

Nota :

1. Ciri-ciri campuran medium yang baik:
• Fizikal dan tekstur tanah hendaklah berkeadaan peroi dan gembur
• Campuran medium mengandungi unsur-unsur yang mencukupi dan seimbang pada semua peringkat tumbesaran pokok
• Bebas daripada bahan toksik, penyakit dan serangga perosak
• Bahan utama untuk membuat campuran senang didapati dan murah
• Elakkan menggunakan najis haiwan supaya tidak mencemarkan udara persekitaran
• Setiap bahan hendaklah seimbang mutunya dan mempunyai fungsi tertentu.

2. Lubang saliran perlu ditutup dengan batu kelikir atau serpihan pasu untuk mencegah medium semaian keluar bersama air siraman.

3. Kelembapan medium akan menentukan kesegaran sel-sel pokok. Jika kelembapan medium rendah tanaman boleh menjadi layu dan sukar untuk berakar.

4. Hormon pengakaran adalah sejenis bahan kimia yang digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan akar, terutamanya untuk pokok yang susah berakar.

5. Elakkan penyiraman berlebihan kerana boleh menyebabkan akar lemas, busuk dan diserang kulat.

6. Nisbah medium semaian

2 : 1 : 1 (TL : BO : PS) TL -Tanah Loam, BO - Baja Organik, Pasir Sungai

7. Nisbah medium penanaman John Innes Potting Compost (J.I.P)

7 : 3 : 2 (TL : BO : PS) atau
3 : 2 : 1 (TL : BO : PS) jika tanah loam mengandungi kadar tanah liat yang tinggi.

8. Langkah-langkah penjagaan anak pokok

L1 – menyiram
L2 – membaja
L3 – menggembur tanah
L4 – merumput

9. Maksud Keratan Kayu Lembut
- pokok yang dibiakkan dengan keratan kayu lembut terdiri daripada pokok penutup bumi atau yang menjalar,
- cthnya; ati-ati(Coleus blumei), bunga balung ayam (Epiprinus malayanus), dan parrot leaf (Alternanthera ficoidea)

10. Maksud Keratan Kayu Sederhana Keras
- mempunyai batang yang lembut dan berpulur.
- Cthnya; bunga tiga bulan (Hydrangea mscrophylla), bunya raya (Hibiscus rosa senesis) dan bunga kertas (Bougainvilla spp).

11. Keratan Kayu Keras
- terdiri daripada pokok-pokok hiasan laman.
- Cthnya; bunga kemboja (Plumeria rubra), bunga cempaka (Michelia alba DC) dan pokok angsana (Pterocarpus indicus)

Ting. 3 : Konsumerisme - Peranan Persatuan Pengguna dan Agensi Kerajaan

Peranan Persatuan Pengguna

1. Contoh-contoh persatuan pengguna, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

2. Peranan persatuan Pengguna :-
i) memerima dan menyiasat aduan
ii) menjalankan kajian dan penyelidikan
iii) menyebarkan maklumat
iv) memberi bantuan dan khidmat nasihat
v) memberi pendidikan kepenggunaan – ceramah, kursus, pameran, akhbar bulanan, mata pelajaran KHB, persatuan Pengguna di sekolah.

3. Peranan kerajaan dalam melindungi pengguna
i) menggubal undang-undang
ii) menguatkuasakan undang-undang
iii) menyelaraskan kepentingan pengguna

Agensi Bidang kuasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
http://www.kpdnhep.gov.my

- memastikan pengeluar dan peniaga tidak melakukan penyelewengan dan mengambil tindakan sekiranya berlaku penyelewengan.

Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)
- memastikan barangan yang dikeluarkan menepati piawaian yang ditetapkan dan selamat untuk digunakan.

Kementerian Kesihatan
- menghantar pegawai kesihatan untuk memastikan kebersihan, dan tempat jualan dijaga.
- memastikan makanan yang dijual tidak beracun dan ubat-ubatan selamat digunakan.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
- meningkatkan kualiti alam sekitar melalui pengawalan pencemaran

Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri
- memastikan barangan makanan dan kosmetik tidak mengandungi bahan yang haram bagi orang Islam.

Peruntukan Undang-undang

1. Akta Kawalan Harga 1946(Pindaan 1973)
- memberi hak kepada pengguna utk membeli barangan kawalan tidak melebihi harga maksimum.
- contoh barang kawalan ; beras, gula, susu dan tepung

2. Akta Sewa Beli 1967
- perlindungan kepada pengguna apabila membeli barang secara sewa beli , seperti penetapan kadar faedah yang boleh dikenakan oleh peniaga.

3. Akta Label 1980
- berhak mendapat maklumat lengkap tentang barang yang dibeli, jenama, tarikh, kandungan, tarikh luput, cara penggunaan, nama dan alamat pengeluar.

4. Akta Kawalan Bekalan 1961(Pindaan 1973)
- pengguna berhak mendapat bekalan barang keperluan mencukupi pada musim perayaan.
- pengguna berhak membeli barang yang mempunyai tanda harga, label, mutu dan gred barang untuk buat pilihan

5. Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952 (Pindaan 1983)
- membeli barangan yang selamat dimakan, mengawal kualiti barang makanan dan penggunaan bahan aditif dalam makanan yang diproses.
- penggunaan bahan kimia yang boleh membahayakan adalah dilarang.

6.Peraturan Makanan 1985
- maklumat lengkap berkaitan pengeluaran barang makan yang diproses.
- barang mesti meletakkan tarikh pengeluaran, tarikh guna dan bahan yang digunakan

7. Akta Perihal Dangan 1972(Pindaan 1982)
- pengguna berhak mendapat maklumat yang benar dan tepat tentang sesuatu barang atau perkhidmatan

8. Akta Timbang dan Sukat 1972
- membeli barangan pada sukatan dan timbangan yang tepat.
- pengeluar wajib menggunakan alat timbang dan sukat yang diperakui oleh kerajaan.

9. Akta Mutu Alam Sekitar 1974
- pengguna berhak untuk menikmati alam sekitar yang bebas dari segala bentuk pencemaran.

10. Akta Elektrik 1973
- berhak untuk membeli barangan elektrik yang selamat.


Sumber : Buku Teks KHB Tingkatan 3, Buku Rujukan KHB

Kelab Robotik SMK Kapit





Smk Kapit menghantarkan pasukan Robotik ke pertandingan NRC pertama di Sibu pada tahun 2006.



Pasukan SMK Kapit yang terdiri dari (Posly Kudy, Sebastian Siba dan Loudier Sadadu) telah mendapat tempat ke-2 di Pertandingan NRC tahun 2007 Zon Sibu di belakang Smk Methodist.



Pasukan ini telah dipilih untuk mengikuti pertandingan NRC peringkat Kebangsaan sebagai pasukan kedua terbaik "Wild Card", untuk mencukupkan jumlah 15 pasukan bersama Johan setiap negeri.

Pasukan SMK Kapit mendapat tempat ke-14 dari 15 pasukan yang bertanding di Kuala Terengganu, Terengganu Trade Centre.

Mentor Pasukan Robotik SMK KAPIT :
1. En. Douglas "Otai" Suji (mulai 2006)
2. En. Mohd Norizal "Manager" Mustapa (mulai 2006)
3. Cik Hasnira Che Hussin (2008)
4. Cik Norhapiza Che Daud (2009)

Terima kasih kepada Tuan Pengetua, En. Ananthan A/L Subramaniam, YDP PIBG En. Ambrose Abong yang banyak membantu pasukan Robotik dari segi khidmat nasihat, tunjuk ajar dan juga kewangan.

PIBG SMK KAPIT telah membiayai perbelanjaan Pasukan SMK KAPIT ke Terengganu untuk mengikuti Pertandingan NRC 2007.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat.
Koleksi Gambar klik sini

Thursday, November 19, 2009

Ting. 3 : Panduan Kerja Kursus KHB (MODUL 4)

Contoh Produk Sedia ada di Pasaran :



masalah KUNCI